PENGENALAN
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan. Tahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi memberi faedah kepada seseorang itu memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan. Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
UJIAN
SEGAK
INDEKS JISIM BADAN
Gambar
Rajah di atas menunjukkan aktiviti pengambilan berat badan dan tinggi untuk
penilaian bagi Indeks BMI pelajar
Ujian 1 didalam SEGAK ialah Indeks Jisim Badan. Tujuannya adalah antara
pengukuran yang digunakan untuk mengukur komposisi badan melibatkan ukuran
tinggi dan berat. Hasil daripada ujian SEGAK yang dijalankan di IPG pada 17/10/2020,
ketinggian saya berukuran 155 CM, manakala berat jisim saya pula ialah 42.5 KG.
Maka indeks BMI yang saya perolehi ialah 17.69 menunjukkan paras berat badan
yang tidak normal. Perkara ini menunjukkan berat badan saya adalah dalam
kategori tidak normal kerana saya mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk
mendapatkan berat badan yang ideal (Reddy, 1998).
NAIK TURUN BANGKU
Seterusnya ialah,
ujian Naik Turun Bangku. Tujuan naik turun bangku ialah untuk mengukur daya
tahan kardiovaskular. Hasil daripada ujian pra SEGAK yang telah saya lakukan
sebelum ini, bacaan nadi sebanyak 110 DSM setelah melakukan ujian selama 3
minit. Skor yang diperolehi oleh saya ialah 3.
TEKAN TUBI UBAH SUAI
Ujian
yang ketiga ialah, Tekan Tubi Ubah Suai. Tekan tubi ubah suai ini bertujuan
untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Pada ujian pra SEGAK, saya telah
Berjaya membuat tekan tubi ini sebanyak 40 kali dalam masa 1 minit. Skor yang
diperolehi oleh saya adalah 5. Berdasarkan keputusan tersebut, ia membuktikan
bahawa saya mempunyai daya tahan otot tangan dan bahu yang baik.
Gambar
rajah di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian
Ringkuk Tubi.
Bagi ujian yang seterusnya pula, iaitu Ringkuk Tubi Separa. Ringkuk tubi separa ini bertujuan untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Hasil yang diperolehi oleh saya dalam ujian pra SEGAK tersebut adalah sebanyak 17 kali dan memperolehi sebanyak 4 skor.
Gambar
Rajah di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan Ujian Jangkauan
Melunjur.
Ujian terakhir dalam SEGAK iaitu
Jangkauan Melunjur. Jangkauan Melunjur ini bertujuan untuk mengukur fleksibiliti
bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring. Pada ujian pra SEGAK yang
saya lakukan sebelum ini, jarak melunjur yang saya capai dalam ujian ini ialah
41 cm dan telah mendapat 5 skor.
UJIAN
BLEEP TEST
Untuk ujian bleep berdasarkan pra ujian
bleep, saya telah berjaya mencapai level 3.6. Ujian bleep ini bertujuan untuk melihat
kecekapan sistem kardiovaskular bekerja untuk menghantar kuantiti oksigen yang
cukup ke seluruh tubuh badan. Ujian bleep sangat baik untuk menguji tahap
kecergasan fizikal pelajar kerana ia mempunyai level larian yang berbeza dan
peningkatan tahap intensiti ujian dilakukan secara sistematik. Pelajar yang
aktif dalam membuat latihan seperti berjogging, berenang, dan berbasikal jarak
jauh, akan dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecekapan sistem
kardiovaskular supaya dapat bekerja dengan baik. Oleh sebab itu, ujian bleep
diuji dengan menilai tahap kemampuan seseorang berlari dalam jangka masa yang panjang
secara berterusan.
RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap individu mestilah memainkan
peranan penting bagi memastikan kesihatan dan kecergasan fizikal seseorang
dalam keadaan baik kerana mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dapat menjamin
kebahagiaan hidup. Contohnya, ia dapat menghindarkan diri daripada terkena
sebarang jenis penyakit yang berbahaya. Jadi, marilah kita sama-sama
mengamalkan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat agar hidup kita ini bermanfaat
dan sihat selalu.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016).
PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA
(SEGAK. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
GKK1043- Kesihatan https://kecergasanbadan.blogspot.com/
Joeyxuan. (2016, September 19). Refleksi
Kesihatan Diri Dan Kecergasan. Retrieved September 16, 2019, diperoleh dari : http://joeyxuan97.blogspot.com/2016/09/refleksi-kesihatan-diri-dan-kecergasan.html