Tuesday, November 24, 2020

REFLEKSI GKK1043

 PENGENALAN

          Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan. Tahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi memberi faedah kepada seseorang itu memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan. Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.


UJIAN SEGAK

INDEKS JISIM BADAN


 





Gambar Rajah di atas menunjukkan aktiviti pengambilan berat badan dan tinggi untuk penilaian bagi Indeks BMI pelajar

 

   Ujian 1 didalam SEGAK ialah Indeks Jisim Badan. Tujuannya adalah antara pengukuran yang digunakan untuk mengukur komposisi badan melibatkan ukuran tinggi dan berat. Hasil daripada ujian SEGAK yang dijalankan di IPG pada 17/10/2020, ketinggian saya berukuran 155 CM, manakala berat jisim saya pula ialah 42.5 KG. Maka indeks BMI yang saya perolehi ialah 17.69 menunjukkan paras berat badan yang tidak normal. Perkara ini menunjukkan berat badan saya adalah dalam kategori tidak normal kerana saya mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mendapatkan berat badan yang ideal (Reddy, 1998).

 

NAIK TURUN BANGKU



Gambar rajah di atas menunjukkan aktivit pelajar sedang melakukan proses Ujian Naik Turun Bangku.

 

Seterusnya ialah, ujian Naik Turun Bangku. Tujuan naik turun bangku ialah untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Hasil daripada ujian pra SEGAK yang telah saya lakukan sebelum ini, bacaan nadi sebanyak 110 DSM setelah melakukan ujian selama 3 minit. Skor yang diperolehi oleh saya ialah 3.

 

 

 

TEKAN TUBI UBAH SUAI


Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian Tekan Tubi Ubah Suai.

 

 Ujian yang ketiga ialah, Tekan Tubi Ubah Suai. Tekan tubi ubah suai ini bertujuan untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Pada ujian pra SEGAK, saya telah Berjaya membuat tekan tubi ini sebanyak 40 kali dalam masa 1 minit. Skor yang diperolehi oleh saya adalah 5. Berdasarkan keputusan tersebut, ia membuktikan bahawa saya mempunyai daya tahan otot tangan dan bahu yang baik.

 

 RINGKUK TUBI SEPARA


 

Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian Ringkuk Tubi.

 

Bagi ujian yang seterusnya pula, iaitu Ringkuk Tubi Separa. Ringkuk tubi separa ini bertujuan untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Hasil yang diperolehi oleh saya dalam ujian pra SEGAK tersebut adalah sebanyak 17 kali dan memperolehi sebanyak 4 skor.


JANGKAUAN MELUNJUR 



Gambar Rajah di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan Ujian Jangkauan Melunjur.

 

Ujian terakhir dalam SEGAK iaitu Jangkauan Melunjur. Jangkauan Melunjur ini bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring. Pada ujian pra SEGAK yang saya lakukan sebelum ini, jarak melunjur yang saya capai dalam ujian ini ialah 41 cm dan telah mendapat 5 skor.

 

 

 

UJIAN BLEEP TEST

 

Gambar rajah diatas menunjukkan pelajar sedang melakukan aktiviti larian untuk ujian bleep.

 

Untuk ujian bleep berdasarkan pra ujian bleep, saya telah berjaya mencapai level 3.6.  Ujian bleep ini bertujuan untuk melihat kecekapan sistem kardiovaskular bekerja untuk menghantar kuantiti oksigen yang cukup ke seluruh tubuh badan. Ujian bleep sangat baik untuk menguji tahap kecergasan fizikal pelajar kerana ia mempunyai level larian yang berbeza dan peningkatan tahap intensiti ujian dilakukan secara sistematik. Pelajar yang aktif dalam membuat latihan seperti berjogging, berenang, dan berbasikal jarak jauh, akan dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecekapan sistem kardiovaskular supaya dapat bekerja dengan baik. Oleh sebab itu, ujian bleep diuji dengan menilai tahap kemampuan seseorang berlari dalam jangka masa yang panjang secara berterusan.

 

 

RUMUSAN

 

Kesimpulannya, setiap individu mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan kesihatan dan kecergasan fizikal seseorang dalam keadaan baik kerana mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dapat menjamin kebahagiaan hidup. Contohnya, ia dapat menghindarkan diri daripada terkena sebarang jenis penyakit yang berbahaya. Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat agar hidup kita ini bermanfaat dan sihat selalu.

 

 

RUJUKAN

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

 

GKK1043- Kesihatan  https://kecergasanbadan.blogspot.com/

 

Joeyxuan. (2016, September 19). Refleksi Kesihatan Diri Dan Kecergasan. Retrieved September 16, 2019, diperoleh dari : http://joeyxuan97.blogspot.com/2016/09/refleksi-kesihatan-diri-dan-kecergasan.html

Tentang saya

REFLEKSI GKK1043

  PENGENALAN            Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu ujian standard kecergasan ...